Sabtu, 16 Disember 2017

Perbezaan Di Antara Stokis-Agen-DropShip


Ramai orang menjadi stokis, agen atau pengedar tanpa mengetahui kelebihan dan kelemahannya terlebih dahulu.


Apakah itu stokis?

Stokis adalah pihak yang menjadi wakil sesebuah negeri untuk menjual sesuatu produk company tertentu. Ia biasanya terdiri daripada produk kecantikan dan kesihatan. Stokis perlu mengambil produk dalam kuantiti yang banyak (modal besar). Biasanya stokis akan mencari agen untuk membantu menjual produk mereka. Income dari hasil jualan dan stokis berhak meletak harga jualan mereka sendiri. Boleh menjual di kedai atau rumah sahaja asalkan ada tempat untuk simpan stok.

Apakah itu agen?

Secara ringkas..agen ini menjual produk atau perkhidmatan atas nama company. Income dia hanya dari hasil jualan barang/perkhidmatan itu atau diberi komisen oleh company atau stokis berkenaan berdasarkan jumlah jualan.

Jika ada stokis(wakil setiap negeri), agen perlu mengambil produk daripada stokis kerana tidak boleh ke Head Quarters melainkan tidak ada stokis di negeri itu..dan biasanya harga untuk agen lebih mahal berbanding stokis. 

Harga jualan juga biasanya kompani yang tentukan. Kira kita orang tengah/wakil yang cuma tolong jual. Bayaran oleh pembeli dibuat atas nama company samada bayaran terus ke pihak company atau agen itu sendiri. 


Apakah itu pengedar?

Pengedar adalah ahli yang telah menjadi sebahagian daripada company. Modal kecil kerana hanya perlu membayar yuran keahlian dan tidak perlu simpan stok jika tidak mahu buat stok. Pengedar menjual produk atas nama sendiri. Semua urusan pendaftaran ahli baru, pembelian produk dan jualan atas nama kita sendiri. Kelebihannya..income dari untung jualan + bonus dari company. 

Pengedar akan mengambil produk dari company dan menjualnya kepada pengguna. Company tidak perlu tahu apa jadi pada produk setelah pengedar mengambilnya..100% urusan pengedar untuk sampai ke pengguna. Keuntungan runcit juga adalah milik hakiki pengedar 😄 tidak perlu berbagi dengan company.

Harga untuk ahli lebih rendah dan harga jualan adalah tetap mengikut harga runcit yang ditetapkan company. Oleh itu, tidak ada istilah perbezaan harga atau keuntungan melampau antara sesama pengedar. Pengguna juga menerima keadilan dari segi harga.

Kelemahannya pengedar tidak dapat ambil untung lebih dari harga runcit yang ditetapkan oleh company kerana jika berbuat demikian..hah dapat hadiah lah engkau..tamat atau gantung keahlian..sedih tak boleh berniaga dah 😭😭😭

Jadi anda nak jadi apa dalam bisnes?
Stokis, agen atau pengedar?


sumber:kongsikesihatan.blogspot.my

1 ulasan:

  1. Play the best online casino games online | Kaladang Pintar
    If you are a seasoned game developer, 샌즈카지노 you can learn to play online casino games with no coding. It is also possible 메리트 카지노 주소 to 온카지노 play online casino games

    BalasPadam